Ciri ciri pokok damar minyak (Agatis Alba) dimana pokok ini dahulunya dikenali dengan nama Sanum. Tumbuh di kawasan permatang tinggi. Batangnya besar dan tidak berbanir Kulitnya bersisik sisik, warnanya kelabu . Isinya kelabu atau merah serta berisi minyak pekat, daunnya tebal serta licin, susunannya berkembar, panjangnya 2 1/2inci berbentuk mata lembing atau panjang hujung dan pangkal daunnya. Urat daunnya selari dari pangkal sampai hujung kalau di siat, isinya seakan sutera. Buahnya pula berukuran 2 hingga 4 inci, berbentuk bulat, berwarna hitam atau unggu bersisik sisik dan bertindih tindih. Setiap biji benihnya bersayap.ada pula mereka yang mendakwa Raja Kayu adalah kayu dari jenis kayu Madang Sisik, tetapi kayu damar minyak ini lebih dikenali sebagai RAJA KAYU disebabkan kayu jenis ini membolehkan cahaya lampu menembusinya. Terlalu banyak dinyatakan mengunai khasiat dan kegunaan Raja Kayu ini. Diantaranya adalah seperti berikut; 1. Dicampur dengan minyak urut untuk melembutkan urat saraf dan melancarkan pengaliran darah. 2. Air rebusan Raja kayu boleh memanaskan tubuh badan. Mereka yang sedang mengandung dilarang minum, kerana boleh menggugurkan kandungan. 3. Asap kayu yang dibakar boleh menghalau hantu syaitan. 4. Pengunaan Raja kayu sebagai tongkat, mata cincin dan sebagainya boleh membina semangat. 5. Raja Kayu digeruni oleh oleh binatang buas dan mereka berniat jahat.
Copy n Win at: http://bit.ly/copy_win