Orang Melayu pada zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan samada di rumah sendiri ataupun di majlis keramaian. Ia bertujuan sebagai pengajaran dan menjaga adab sopan sebagai orang Melayu. Contohnya kita dilarang tidur sejurus selepas makan, maksud disebalik larangan tersebut bertujuan untuk menjaga kesihatan. Selain makanan tidak dapat dihadam dengan sempurna, perut juga mudah menjadi buncit. Malah, akan melalaikan kita daripada melakukan perkerjaan lain.